Pages

23 February 2010

Sun set…

Tiap kali Sora memandang kearah matahari terbenam di waktu maghrib, panorama alam berwarna jingga itu akan mengembalikan memori chinta, terhadap bekas boyfrennya Ramen, mereka berdua seringkali melepakkan diri menikmati keindahan matahari terbenam sambil bercanda di tepian pantai China Road, sehinggalah kedua-duanya berasa best & puas, kemudian Ramen akan menghantar Sora balik ke rumah sambil melambaikan tanggannya, Sora rasa sungguh gembira dan bahagia bagaikan menang ticket lottery bermillion2 paun?.

Malam itu dia berkeputusan untuk berjumpa dengan Ramen, tetapi ini adalah yang terakhir kerana % perasaan chinta laranya terhadap Ramen telah menjunam, dia telah tawar hati terhadap Ramen, semenjak dia terdengar desa-desus khabar angin bahawa dirinya adalah girlfren Ramen yg ke3. Namun dia cuba mengetepikan desas desus tersebut dan mencuba untuk menjadi tabah sehinggalah dia sendiri ternampak Ramen minum2 dengan romantikannya sambil berpegangan tangan dengan seorang awek skirt pendek yg seksi ala2 Japanese Anime di Ijah Cafe dia x kenal awek tu, patutlah semenjak 2 menjak ni dia merasakan dirinya terabai. Bagi Sora, chinta itu suci & x boleh dibelah bagi, apatah lagi di syer2kan. Sora sedari bahawa dia x la secantik & seseksi awek itu tapi dia punya kelebihan lain….

Malam itu juga Sora, membungkus semua barang2 yang dihadiahi Ramen kepadanya, untuk didermakan kepada sesiapa yg sudi, kalo bagi balik dgn Ramen sure tiada guna juga tu, mesti dia simpan, x pun bagi balik dgn awek anime tu! X guna langsung fikir Sora, baik lagi aku bagi dgn Mika, anak yatim, jiran sblah yg dh tiada ayah tu, teddy2 bear yg cute2 ni, dapat pahala juga aku, yg lain2 ni aku jual dkt kedai 2nd hand & $$$ itu akan aku sedekahkan dgn pengemis2 jalanan. Dapat pahala lagi dari dibuang…sia2…..

Dia beranggapan tiada gunannya dia menyimpan semua kenangan dia dan Ramen bersama…Lagu Blue Train dendangan AKFG berkumandang, menambahkan lagi semangatnya untuk nekad dengan keputusannya, kemudian dia keluar dan menuju ke “Club D’ Baka” untuk mengintip kalau2 Ramen dan gf barunya ada di situ…Penantian Sora berbaloi apabila matanya terfokus kea rah Ramen dan awek barunya itu, dengan sepantas kilat dia menuju kea rah mereka, menampar awek anime tersebut sambil menarik rambutnya yg ditocang dua di kepala sehingga kusut masai, awek tersebut tergamam & menangis, dia lantas memaki hamun Ramen yang kelihatan terpingga-pingga malu. Sora terus blah dari tempat tersebut tanpa memperdulikan reaksi sekeliling…..

Semenjak tragedy itu, dia tidak diganggu oleh perasaan puzzle bodo2 terhadap kecurangan Ramen lagi. 5 bulan kemudian, ketika Sora sedang lepak2 minum di Ijah CafĂ©, dia terpandang awek anime tersebut yg pernah menerima cop penampar tepat di muka, minum2 dgn romantic skali dgn sorg mamat bangla, padan muka Ramen! Puasnya hati Sora melihat scenery tersebut, seperti puasnya pengunjung pusat hiburan “Club D’ Baka” berdansa hingga lupa dunia….

02 February 2010

1 Epitome Dull…


“Ngantuk & bosannya hidup ini, kan bagus kalau aku boleh terbang ke awan biru bermain-main dengan bidadari di langit” minda malas & kopi o kosong G mula menyapa. Dia kebosanan sambil melabuhkan punggungnya di kerus malas di beranda rumah sambil melihat daun2 pokok mangga jatuh membentuk satu alunan haikyu yg menambahkan lagi rasa inginkan didodoi oleh bidadari dari langit. Dia menghayun2kan dirinya sambil menikmati rasa nyaman hembusan angin dan hujan gerimis petang yang jingga, kelopak matanya terasa amat berat sekali.

“G, bangun! jom ikut aku ke langit” seekor rama2 biru kecil terbang hinggap di hidungnya sambil merenung tepat ke iris mata G.
Dia terkejut! rama2 tersebut terus terbang mengelilingi G seolah2 memberi arahan agar G mengekorinya.

G lantas bangun dan mengejar rama2 biru itu tanpa memerhatikan langkahnya di anak2 tangga. “Dup dup dup!!!”…dia terjatuh bagaikan nangka busuk yg x diharvest oleh petani. Cairan merah mula keluar menitis-nitis laju umpama paip bocor dari luka di kepala G lalu membentuk lopak2 kecil, dia terasa dirinya amat ringan lalu terbang melayang-layang tinggi ke angkasa bersama-sama dengan rama2 itu menuju ke gerbang kayangan.

Pabila tiba di kayangan Si rama2 menjelmakan dirinya menjadi pari2 lalu mengajak G bermain2 hingga infiniti.

Kini G x bosan lagi. –n-

01 February 2010

Dikala hujan malaikat terbang….


Iam mendongakkan kepalanya melihat kebiruan langit melalui tingkap rumah sewa lalu pemikirannya secara konstant mengaktifkan tunas rasa ketenangan…peace kata mat salleh sambil bercakap2 di mindanya sendiri…
corak2 awan kapas membentuk abstrak ditiup bayu lalu menghiasi langit di tengahari yang panas ini, cuaca agak cerah. Iam terus merenung jauh, mendongakkan kepala ke langit, melayan perasaan, berfikir tentang keindahan alam ciptaan Tuhan yang Maha Esa, berfikir tentang dirinya yang static, tanpa apa2 perubahan, serta merta ketenangan yang dirasainya direntap oleh fikiran static itu. Rasa seperti dihempap sebiji batu besar (walaupun x pernah merasainya). Serta merta langit yang cerah bertukar menjadi kelabu. Sudah mulai kedengaran bunyi beberapa ekor kodok dari dalam parit sebelah rumah menyanyikan lagu2 cinta, berkopulasi untuk meneruskan kehidupan. Sebak terasa di hati Iam, saat, tika dan waktu beginilah dahulu dia selalu minum2 kopi, melepak sambil melayan goreng pisang dengan kawan2nya di dalam kapal besar sambil belayar dan menunggu hasil tangkapan di laut, dia masih teringat akan kata2 semangat daripada ketuannya, “apa yang penting kerjasama”. (Macam ayat power animasi wonderpets pula). Aku masih alpa, aku benci keadaan ini, tapi buat masa ini aku masih boleh memakukan keadaan untuk bertahan. Kesunyian menjadi musuhku!
Permata dari langit sudah mula membasahi padang rumput dan kawasan sekitar, makin meriah bunyi2an sang kodok, Sopie si mata biru, kucing siam betina virgin kesayangan Iam mengesel2kan dirinya sambil mengiau ngiau ngiau merenung tepat kea rah tuannya. Iam x ambil peduli, dia masih merenung langit, mencari ilham, kerana dia tahu, dikala hujan malaikat terbang menaburkan keberkatan dari Ilahi bagi mereka yang banyak berfikir dan berusaha. Dia terus menadahkan tangan ke langit dengan harapan mendapat keberkatan itu. Sopie terus mengiau…(aku lapar, aku juga inginkan keberkatan aka rezeki, aku nak makan, aku lapar- kata2 sanubari Sopie si mata biru). Ngiauan Sopie menghentikan lamunan Iam, dia merenung si mata biru dengan sayu, sebak terasa di jiwanya, dia lantas mencapai kotak friskis dari atas almari menuangkan ke mangkuk Sopie. Kucing itu makan dengan rakusnya. Aku juga lapar macam Sopie, aku perlu makan sekarang, Iam terus membuka tudung saji,terisi sepinggan pisang goreng sarapan pagi tadi di dalam dan menyantap sebiji pisang goreng dengan harapan agar keberkatan akan muncul berupa ilham atau apapun kerana dia percaya dikala hujan ini, malaikat terbang bersama keberkatan itu…..