Pages

23 February 2010

Sun set…

Tiap kali Sora memandang kearah matahari terbenam di waktu maghrib, panorama alam berwarna jingga itu akan mengembalikan memori chinta, terhadap bekas boyfrennya Ramen, mereka berdua seringkali melepakkan diri menikmati keindahan matahari terbenam sambil bercanda di tepian pantai China Road, sehinggalah kedua-duanya berasa best & puas, kemudian Ramen akan menghantar Sora balik ke rumah sambil melambaikan tanggannya, Sora rasa sungguh gembira dan bahagia bagaikan menang ticket lottery bermillion2 paun?.

Malam itu dia berkeputusan untuk berjumpa dengan Ramen, tetapi ini adalah yang terakhir kerana % perasaan chinta laranya terhadap Ramen telah menjunam, dia telah tawar hati terhadap Ramen, semenjak dia terdengar desa-desus khabar angin bahawa dirinya adalah girlfren Ramen yg ke3. Namun dia cuba mengetepikan desas desus tersebut dan mencuba untuk menjadi tabah sehinggalah dia sendiri ternampak Ramen minum2 dengan romantikannya sambil berpegangan tangan dengan seorang awek skirt pendek yg seksi ala2 Japanese Anime di Ijah Cafe dia x kenal awek tu, patutlah semenjak 2 menjak ni dia merasakan dirinya terabai. Bagi Sora, chinta itu suci & x boleh dibelah bagi, apatah lagi di syer2kan. Sora sedari bahawa dia x la secantik & seseksi awek itu tapi dia punya kelebihan lain….

Malam itu juga Sora, membungkus semua barang2 yang dihadiahi Ramen kepadanya, untuk didermakan kepada sesiapa yg sudi, kalo bagi balik dgn Ramen sure tiada guna juga tu, mesti dia simpan, x pun bagi balik dgn awek anime tu! X guna langsung fikir Sora, baik lagi aku bagi dgn Mika, anak yatim, jiran sblah yg dh tiada ayah tu, teddy2 bear yg cute2 ni, dapat pahala juga aku, yg lain2 ni aku jual dkt kedai 2nd hand & $$$ itu akan aku sedekahkan dgn pengemis2 jalanan. Dapat pahala lagi dari dibuang…sia2…..

Dia beranggapan tiada gunannya dia menyimpan semua kenangan dia dan Ramen bersama…Lagu Blue Train dendangan AKFG berkumandang, menambahkan lagi semangatnya untuk nekad dengan keputusannya, kemudian dia keluar dan menuju ke “Club D’ Baka” untuk mengintip kalau2 Ramen dan gf barunya ada di situ…Penantian Sora berbaloi apabila matanya terfokus kea rah Ramen dan awek barunya itu, dengan sepantas kilat dia menuju kea rah mereka, menampar awek anime tersebut sambil menarik rambutnya yg ditocang dua di kepala sehingga kusut masai, awek tersebut tergamam & menangis, dia lantas memaki hamun Ramen yang kelihatan terpingga-pingga malu. Sora terus blah dari tempat tersebut tanpa memperdulikan reaksi sekeliling…..

Semenjak tragedy itu, dia tidak diganggu oleh perasaan puzzle bodo2 terhadap kecurangan Ramen lagi. 5 bulan kemudian, ketika Sora sedang lepak2 minum di Ijah Café, dia terpandang awek anime tersebut yg pernah menerima cop penampar tepat di muka, minum2 dgn romantic skali dgn sorg mamat bangla, padan muka Ramen! Puasnya hati Sora melihat scenery tersebut, seperti puasnya pengunjung pusat hiburan “Club D’ Baka” berdansa hingga lupa dunia….

1 comment: