Pages

01 February 2010

Dikala hujan malaikat terbang….


Iam mendongakkan kepalanya melihat kebiruan langit melalui tingkap rumah sewa lalu pemikirannya secara konstant mengaktifkan tunas rasa ketenangan…peace kata mat salleh sambil bercakap2 di mindanya sendiri…
corak2 awan kapas membentuk abstrak ditiup bayu lalu menghiasi langit di tengahari yang panas ini, cuaca agak cerah. Iam terus merenung jauh, mendongakkan kepala ke langit, melayan perasaan, berfikir tentang keindahan alam ciptaan Tuhan yang Maha Esa, berfikir tentang dirinya yang static, tanpa apa2 perubahan, serta merta ketenangan yang dirasainya direntap oleh fikiran static itu. Rasa seperti dihempap sebiji batu besar (walaupun x pernah merasainya). Serta merta langit yang cerah bertukar menjadi kelabu. Sudah mulai kedengaran bunyi beberapa ekor kodok dari dalam parit sebelah rumah menyanyikan lagu2 cinta, berkopulasi untuk meneruskan kehidupan. Sebak terasa di hati Iam, saat, tika dan waktu beginilah dahulu dia selalu minum2 kopi, melepak sambil melayan goreng pisang dengan kawan2nya di dalam kapal besar sambil belayar dan menunggu hasil tangkapan di laut, dia masih teringat akan kata2 semangat daripada ketuannya, “apa yang penting kerjasama”. (Macam ayat power animasi wonderpets pula). Aku masih alpa, aku benci keadaan ini, tapi buat masa ini aku masih boleh memakukan keadaan untuk bertahan. Kesunyian menjadi musuhku!
Permata dari langit sudah mula membasahi padang rumput dan kawasan sekitar, makin meriah bunyi2an sang kodok, Sopie si mata biru, kucing siam betina virgin kesayangan Iam mengesel2kan dirinya sambil mengiau ngiau ngiau merenung tepat kea rah tuannya. Iam x ambil peduli, dia masih merenung langit, mencari ilham, kerana dia tahu, dikala hujan malaikat terbang menaburkan keberkatan dari Ilahi bagi mereka yang banyak berfikir dan berusaha. Dia terus menadahkan tangan ke langit dengan harapan mendapat keberkatan itu. Sopie terus mengiau…(aku lapar, aku juga inginkan keberkatan aka rezeki, aku nak makan, aku lapar- kata2 sanubari Sopie si mata biru). Ngiauan Sopie menghentikan lamunan Iam, dia merenung si mata biru dengan sayu, sebak terasa di jiwanya, dia lantas mencapai kotak friskis dari atas almari menuangkan ke mangkuk Sopie. Kucing itu makan dengan rakusnya. Aku juga lapar macam Sopie, aku perlu makan sekarang, Iam terus membuka tudung saji,terisi sepinggan pisang goreng sarapan pagi tadi di dalam dan menyantap sebiji pisang goreng dengan harapan agar keberkatan akan muncul berupa ilham atau apapun kerana dia percaya dikala hujan ini, malaikat terbang bersama keberkatan itu…..

1 comment: